Friday 22 February 2013

I R O N I

Sang A sibuk berteleku di hadapan komputer riba .
Di skrin , ligat siar rancangan Korea .
Si wanita Korea rupa cantik , buat santapan mata Sang A.

Sang B lihat kehairanan gelagat Sang A dan ujar "Kau ni takde benda lain ke . Asyek Korea je aku tengok."
Sang B duduk di kerusi dan tekan butang "on" pada komputer ribanya .

Skrin papar gambar Lady Gaga hampir bogel.

Apakah kerana kolonisasi Inggeris pada suatu masa dahulu boleh dijadikan alasan untuk kita terus terima budaya Inggeris dan menghalalkannya ?

Dan apakah kerana budaya baru yang timbul secara mendadak, masyarakat yang agungkan budaya Inggeris jadi masyarakat yang tentang segala sedangkan diri sendiri yang buta ; tak berupaya melihat diri sendiri di dalam cermin ?

Jangan tuding jari pada orang yang berbeza , hanya kerana mereka suka pada suatu yang berbeza .
Jangan sembang mengenai agama jikalau diri sendiri tak lari dari perkara yang sama; cuma luaran berbeza.

No comments:

Post a Comment