Friday 22 February 2013

I R O N I

Sang A sibuk berteleku di hadapan komputer riba .
Di skrin , ligat siar rancangan Korea .
Si wanita Korea rupa cantik , buat santapan mata Sang A.

Sang B lihat kehairanan gelagat Sang A dan ujar "Kau ni takde benda lain ke . Asyek Korea je aku tengok."
Sang B duduk di kerusi dan tekan butang "on" pada komputer ribanya .

Skrin papar gambar Lady Gaga hampir bogel.

Apakah kerana kolonisasi Inggeris pada suatu masa dahulu boleh dijadikan alasan untuk kita terus terima budaya Inggeris dan menghalalkannya ?

Dan apakah kerana budaya baru yang timbul secara mendadak, masyarakat yang agungkan budaya Inggeris jadi masyarakat yang tentang segala sedangkan diri sendiri yang buta ; tak berupaya melihat diri sendiri di dalam cermin ?

Jangan tuding jari pada orang yang berbeza , hanya kerana mereka suka pada suatu yang berbeza .
Jangan sembang mengenai agama jikalau diri sendiri tak lari dari perkara yang sama; cuma luaran berbeza.

Sunday 17 February 2013

SIAPA ?

Druutt~~ Druutt~~ Drruutt~~
Tiga kali dering berbunyi dalam talian , gagang diangkat .
"Ya, siapa bercakap?." Senyap .
"Hello. Siapa dekat sana?" . Masih senyap.
"Kalau takde apa-apa, saya letak dulu." 

Satu saat, dua saat, tiga saat.

"I love you" . Ujar suara dihujung talian. BEEP....
Gagang diletak ; talian dimatikan . 


Thursday 17 January 2013

S A K I T S E N D I R I

When it reached the limit , i'm done . I know and i'm sorry .
Its just not me , i guess . Pretending everything is going to be okay .
Until the day i see you , i hope its already gone . I do hope .

Biar pergi bawah lembayung Tuhan , dan aku buang segala rasa . 
Buang segala bait , buang segala isi .
Latih bertatih dan sampai masa , berlari jauh .
Jauh hingga tiada apa yang tinggal .
Benar segala , tak muncul dimata .
Terperosok jauh dalam jiwa .
Kecut hati undang gagal dan gagal itu pilihan terakhir .
Pilihan terakhir itu yang aku pilih .
Biar simpan dari musnah . Simpan sampai tercekik , jangan sampai muntah .
Berserah dan alih haluan .
Mungkin ini yang terbaik .

Wednesday 7 November 2012

W A B A K

Farah turun tangga, jumpa Sulaiman.
Farah cakap Farah taknak pergi kelas .
Sulaiman pun taknak pergi kelas.

Sulaiman jalan pergi parking motor, jumpa Dinah.
Dinah tanya Sulaiman ada kelas ke tak.
Sulaiman kata ada tapi taknak pergi.
Dinah pun taknak pergi kelas.

Dinah start motor, tunggang motor balik.
Tengah jalan, terserempak dengan Nadia.
Nadia nampak Dinah balik, dia pun U-turn.
Nadia pun taknak pergi kelas.

Nadia sampai bilik, ada Farah.
Farah tanya kenapa tak pergi kelas.
Nadia jawab nampak Dinah balik,dia pun balik.
Farah facepalm. Punca : Farah .

Thursday 18 October 2012

I N T E R P R E T A S I

Sang wanita bujang sibuk mencari dimana duduknya sang jantan yang sempurna.
Sang Jantan yang mampu bawa sang wanita ke Jannah.
Sang Jantan yang mampu jadi imam sempurna .

Namun, bersediakah sang wanita menjadi makmum yang sempurna?
Makmum yang ikut perintah segala?
Makmum yang takhta bawah sedikit dari ibu mertua?

Tuesday 25 September 2012

L A R A

Amir "scroll" ke bawah ; laju-laju .
Mata terus tertancap ke skrin "smartphone" .
"Mana tweet tadi ni?"

-Ayah meninggal dunia pagi tadi . Al-Fatihah-
Smartphone terlepas dari tangan , terhempas atas tanah .
Sama macam hati Amir .

Tuesday 18 September 2012

M I K R O

Sean tenang ; sedut oksigen secukupnya .
Sekejap tadi Acap buli Sean .
Sean kecil dan Acap ibarat langit .

Sean duduk , pejam mata .
Dalam hati , sekelumit dendam mikro terbit .