Tuesday 25 September 2012

L A R A

Amir "scroll" ke bawah ; laju-laju .
Mata terus tertancap ke skrin "smartphone" .
"Mana tweet tadi ni?"

-Ayah meninggal dunia pagi tadi . Al-Fatihah-
Smartphone terlepas dari tangan , terhempas atas tanah .
Sama macam hati Amir .

Tuesday 18 September 2012

M I K R O

Sean tenang ; sedut oksigen secukupnya .
Sekejap tadi Acap buli Sean .
Sean kecil dan Acap ibarat langit .

Sean duduk , pejam mata .
Dalam hati , sekelumit dendam mikro terbit .

Saturday 15 September 2012

H A R A P A N

Gua taip laju .
Usai taip , gua pandang butang Send . Lama .
Tekan atau tidak , gelora dalam jiwa .
Antara benar atau tidak , gua tekan butan Send .
Debar . Jiwa kacau .

Selang 5 minit , dia balas .

Tuesday 11 September 2012

T I A D A T A H U

Kotak kecil sebelah bawah kanan muncul tiba-tiba .
Sheina hantar mesej , "Babe , aku bosan lah."
Tangan ketuk papan kekunci , "Meh sini meh . Datang bilik aku."

5 minit kemudian , pintu diketuk berulang kali .
Sheina sampai , pintu dibuka , Sheina masuk , Sheina duduk .

"Boleh ke malam ni? Kondom ada?" tanya Sheina .
"TIADA TAHU !" balas pertanyaan .


Thursday 6 September 2012

A R O G A S I

Zul pijak pedal minyak . Laju meluncur .
Apit mengucap panjang di sebelah .
Dan lagi , Zul pijak pedal minyak .
Zul tahu , dia mampu beli minyak  .

Tuesday 4 September 2012

S E N Y U M

Dada Mimi berombak ; mengah .
Mimpi ngeri berturut dalam tiga hari .
Ini menyesakkan fikiran Mimi .
"Macam kena buatan orang je aku ni." fikir Mimi .

Arif buka mata dan tersenyum .
Santau menjadi tapi dia sedar satu perkara .
Dendam perlu dibuat secara perlahan dan halus .

A N A K M E R D E K A 5 5

Dalam lautan manusia di dataran tangan Aza dan Udin bertaut ; erat .
Ambang 31 Ogos bakal menjelma .
Sekalian homo-sapien di dataran siap siaga menyambut datang hari kebebasan .
Aza dan Udin saling berpandangan . Bau feromon kuat dirasa mereka .

Usai pertunjukan bunga api simbol kebebasan , Aza dan Udin menuju ke jalan Tuanku Abdul Rahman .
Destinasi mereka ; hotel cinta .


K O U G A R

Nina bangkit dari katil .
Tuala mandi dicapai , menghala ke bilik mandi .
Pintu dikatup ketat dan kunci diselak .
Nina berdiri bogel depan pili , otak ligat mengelamun .
Bangun pagi ialah suatu beban  . Ibarat kerja tanpa gaji . Siapa yang mahu ?
Bangun tiap pagi masih seorang diri . Umur merangkak senja .
Pili dipulas , air mencurah keluar dari kepala paip membasahi tubuh Nina .
Usai mandi , Nina bersiap . Dandan segala biar menarik .
Hujung minggu biar berteman walau seketika . Alex , lelaki 20-an menunggu di bawah .
Nina sedar dia seorang KOUGAR .